Terpanggil untuk highlight di sini..Malaysia sebuah negara Islam, ada banyak pelacur malah pelacur bebas pun ada. Apa sudah jadi? Mana kerajaan Barisan Nasional ? Malu kita sebagai pengerusi OIC, tapi ramai pelacur sexy handalan.

Kegiatan 41 wanita warga China yang digelar ‘pelacur bebas’ dan beroperasi di beberapa restoran terkemuka sekitar ibu kota terbongkar apabila mereka ditahan dalam dua serbuan di sebuah hotel dan tiga unit kondominium di Jalan Pudu di sini, semalam.

Semua pelacur yang berusia lingkungan 20 hingga 38 tahun itu dikenal pasti menjadikan lokasi berkenaan sebagai tempat mendapatkan pelanggan sebelum membawa mereka ke premis atau hotel berdekatan untuk perkhidmatan seks.

Difahamkan, mereka mengenakan bayaran antara RM180 hingga RM200 bagi setiap perkhidmatan.

Operasi di dua kawasan berkenaan diketuai tiga pegawai dan beberapa anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner (SAC) II, Ku Chin Wah, berkata operasi semalam terbahagi kepada dua kumpulan sekali gus memudahkan serbuan dilakukan.

“Dalam serbuan pertama di sebuah hotel di kawasan berkenaan, seramai 31 warga asing ditahan dan kami merampas 42 keping kondom. Selain itu, dua lelaki dipercayai pelanggan ditahan untuk siasatan lanjut.

“Sementara itu, dalam serbuan kedua di tiga unit kondominium di kawasan berhampiran kira-kira jam 10.30 pagi, kami menahan 10 perempuan warga China serta merampas enam bungkusan besar berisi kondom,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Ku berkata, tiga wanita yang ditahan didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan yang lainnya pula menggunakan pas lawatan sosial.

Menurutnya, semua wanita berkenaan boleh didakwa mengikut Peraturan 39, Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63 kerana melanggar syarat pas lawatan.

Pada 9 Jun lalu, 14 wanita warga China ditahan di dua unit kondominium di kawasan sama kerana dipercayai terbabit dalam aktiviti pelacuran.

Berikutan itu, Ku memberi amaran kepada pengusaha premis berkenaan supaya tidak membenarkan wanita asing menjalankan aktiviti pelacuran termasuk menyewakan hotel kepada golongan itu.