SATU keistimewaan yang disediakan Allah kepada ahli tauhid dan mereka yang mengerjakan kebaikan ialah syurga, iaitu tempat kenikmatan bagi orang yang takut dengan sebenar-benarnya akan keagungan Allah, takut berdepan dengan Rabbul Jalil pada hari yang tidak berguna harta dan anak-pinak.
“Hari yang harta benda dan anak-pinak tidak dapat mem berikan pertolongan sesuatu apa pun, kecuali (harta benda dan anak pinak) orang yang dapat menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (daripada syirik dan penyakit munafik).” (as-Syu’arak:88-89)
Oleh kerana syurga adalah tempat yang istimewa, untuk masuk ke syurga juga bukanlah mudah, malah golongan yang layak masuk juga adalah golongan istimewa, sabar dengan ujian dan menempuh kehidupan dunia dengan istiqamah.
“Apakah kamu menyangka kamu akan masuk syurga se dangkan belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di kalangan kamu dan belum nyata orang yang sabar.” (Aali Imran: 142)
Selepas diuji, hanya orang yang mempunyai ciri-ciri tertentu yang layak masuk syurga Allah. Antara nya yang dinyatakan dalam al-Quran ialah:
|
Tanda seseorang itu beriman ialah hati mereka gementar apabila diingatkan mengenai Allah (iaitu hukum-hukumnya), iman mereka bertambah apabila dibacakan ayat Allah, mereka bertawakal kepada Allah, mereka hanya menyembah Allah serta mampu menegakkan yang hak dan kewajipan. “Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatnya bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhanlah mereka bertawakal.” (al-Anfaal:2) “Dan orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa mereka selain Allah. Dan mereka tidak menerangkan perbuatan kejinya itu sedangkan mereka mengetahui.” (Ali Imran:135) Soleh ialah orang yang mengerjakan segala amal usaha yang mendatangkan kebahagiaan untuk dirinya, untuk agamanya, bangsanya, tanah airnya, negaranya dan untuk manusia semuanya. Amal soleh ialah segala hal yang mendatangkan kebaikan dunia dan akhirat. Dengan perkataan lain, takwa bermaksud meninggalkan semua larangan Allah dan melaksanakan segala peraturannya serta selalu taat kepadanya sesuai dengan kemampuan. Allah memerintahkan hamba-Nya supaya melakukan ibadat untuk mendidik dan membersihkan jiwa dan melarang perbuatan maksiat untuk membersihkan kekotoran jiwa. “Sesungguhnya orang yang bertakwa itu di dalam syurga (taman-taman) dan sungai-sungai, di tempat yang disenangi di sisi tuhan yang berkuasa.” (al-Qamar:54-55) Golongan “abrar” mesti mengakui kebenaran wujud pen cipta iaitu Allah sebagai inti rukun iman. Demikian juga membenarkan dengan yakin terhadap rukun iman yang lain. Al-birr juga bererti taat kepada kehendak Allah, baik melaksanakan perintah mahupun menjauhi larangannya. Ia juga bererti melakukan kebajikan dan derma, tidak berdusta, selalu menepati janji yang dibuat. “Sesungguhnya orang yang berbuat kebajikan minum dari gelas yang campurannya ialah air kapur.” (al-Insan:5) Kapur ialah nama satu mata air di syurga yang airnya putih dan baunya sedap serta enak sekali rasanya. Kejujuran itu adalah kewajipan yang perlu ditaati sama ada dalam hubungan dengan Tuhan mahu pun hubungan sesama manusia. Dengan pengertian lain - menyerah diri kepada qada’ dan qadar selepas berusaha sekuat mungkin, sesuai dengan kewajipannya sebagai manusia. Islam memandang sabar adalah tiang iman, hiasan manusia dan jalan yang membawanya ke peringkat kehidupan yang tenang dan tenteram. Sabar adalah satu cara hidup golongan terawal terutama kalangan nabi dan ilmuan. “Hanyalah disempurnakan orang-orang yang sabar itu balasan mereka tanpa hitung (iaitu syurga).” (az-Zumar:10) |
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply