WANITA yang memakai kasut tumit tinggi memang anggun dan bergaya tetapi ia mengumpulkan seluruh tekanan kepada hujung jari apabila tumit diangkat lebih tinggi.
Pakar kraf dalam bidang mereka dan menghasilkan tapak, kasut serta kaki palsu terkenal Jerman, Guido Fahrentrapp, berkata, pemakaian kasut tumit tinggi yang berterusan boleh menjadikan tapak kaki melengkung serta kesakitan belakang dan.
Fahrentrapp yang juga pakar kasut untuk jenama terkenal, Schein, berkata, pengumpulan tekanan di bahagian tulang metatarsal kaki menyebabkan ia mudah cedera dan mengganggu sistem saraf belakang.
“Kebanyakan masyarakat sering merungut mengenai masalah kaki atau tulang belakang pada tahap tertentu dan pada kebanyakan masa, masalah itu berkaitan dengan kaki.
“Selain pesakit kencing manis yang sukar mencari kasut bersesuaian, saya juga pernah berdepan dengan pemain golf, pelumba lari amatur dan profesional serta mereka yang aktif dalam sukan.
“Wanita perlu mengurangkan masa memakai kasut tumit tinggi dan seeloknya, kurang daripada empat jam sehari,” katanya.
Pengarah Urusan ScheinOrthopaedics (M) Sdn Bhd, Daniel Berkemeier, berkata kira-kira 80 peratus orang dewasa di negara ini menderita sejenis masalah kaki yang disebabkan oleh masalah kasut dan kesihatan.
“Kami mendapati mereka menderita sindrom kaki diabetik atau reumatisme selain pemakaian kasut yang salah.
“Mereka yang menghidap masalah kaki perlu mendapat rawatan segera,” katanya.
Fahrentrapp berada di Malaysia sehingga Ogos ini dan orang ramai boleh mendapat khidmat nasihatnya di The Curve, Lot 10 and Mid Valley Megamall.
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply